Saturday, October 24, 2009

Kenali Kami

kesatuan debat UPNM juga dikemudi oleh beberapa orang yang berwibawa. Sehingga tahun 2009, kesatuan ini telah dipimpin oleh 2 generasi yang bertanggungjawab memenadu kesatuan ini mencapai peringkat yang terbaik. Mari kita soroti kisahnya:




NAMA: Pegawai Kadet Ketua Platun Waliyuddin bin Che Azmi
JURUSAN: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer
POSISI: Pendebat ke 3 pasukan utama 1 UPNM
Jawatan: Mantan Pengerusi Kesatuan Debat UPNM


Beliau antara orang pertama yang menggerakkan kesatuan DEBAT UPNM ini. Beliau sekarang sedang menjalani latihan ketenteraan tahun akhir dan tidak dapat mengikuti aktiviti kesatuan. Beliau juga akan ditauliahkan pada tahun 2010 sebagai KAPTEN dalam Tentera Udara Diraja Malaysia. Kami kesatuan Debat Mengucapkan Terima Kasih dan selamt bertugas di pangkalan kelak.


Turut membantu pergerakkan kesatuan Debat ialah Kapten Fazeela. Beliau juga seorang pendebat dan kini sedang bertugas sebagai Pegawai di Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).


(ENTRI INI MASIH LAGI DALAM PROSES PEMBINAAN)

Friday, October 23, 2009

Sekalung Tahniah Buat Anda: TOM dan RAJA.

segak bergaya dengan pakaian istiadat


Sekalung penghargaan dan tahniah buat Pegawai Kadet Wan Azizul Faiz bin Zulkifli atau lebih manja dengan panggilan TOM kerana berjaya mengharumkan nama universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa Peringkat kebangsaan baru-baru ini. Kejayaan ini sekaligus mengangkat nama universiti setara dengan universiti-universiti yang lain. Beliau berjaya merangkul tempat ke 3 dalam pertandingan itu selepas ditewaskan oleh saudara ikhwan dari USIM yang merangkul tempat ke 2 dan saudara Amiruddin dari UPM johan pertandinngan tersebut. Tahniah bUat anda!




segak dan tampan orangnya


Tidak dilupakan juga kepada Pegawai kadet Raja Mhammad Asyraf bin Raja Khalif kerana berjaya mewakili universiti ke pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa peringkat kebagsaan. Meskipun kalah di peringkat saringan namun beliau telah pun menunjukkan persembahan yang terbaik. Tahniah buat anda. Jangan risau Pentas ROYAL agenda utama kita!!=)

Tidak dilupakan juga kepada Pegawai Kadet Helman bin Hashim serta ahli jawatankuasa yang lain kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik ketika mengendalikan majlis di peringkat kebangsaan. Tahniah buat kita semua.



::DUTY::HONOUR::INTEGRITY::

Logo rasmi kesatuan debat.



Ini ialah logo rasmi kesatuan debat Upnm hasil ilham daripada beberapa orang ahli kesatuan. Tahniah diucapkan.

Siapa Kami??

Kesatuan Debat UPNM merupakan sebuah persatuan yang didokongi oleh Tmbalan Naib Canselor Yang Berbahagia Prof. Wan Mahzom Bt Ahmad Shah. Beliau amat meminati bidang pengucapan awam ini. Pada awal penubuhan persatuan ini iaitu pada awal tahun 2007, ahlinya hanyalah seramai 6 orang Pegawai Kadet sahaja. Pada hari selepas beberapa kali muncul di pertandingan debat anjuran MADUM persatuan ini telah pun mempunyai ahli seramai hampir 20 orang. Peranan perstuan debat ini di peringkat universiti sebenarnya membantu Pegawai Kadet untuk berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan melihatkan kepada arah tuju setiap Pgawai Kadet yang akan ditauliahkan menjadi Pegawai dalam ATM yang menuntut mereka untuk berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan.

Seiring dengan peranan penubuhannya kesatuan debat ini telah pun melaksanakan beberapa program di peringkat universiti antaranya Pertandingan Debat Inter-Batallion 2008 Piala Naib Canselor, Pertandingan Sayembara Puisi Peringkat UPNM , Pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa Inter-Batallion 2009 dan Menerajui program-program di UPNM melalui peranan MC atau pengacara majlis.

Disamping kami membina kekuatan fizikal kekuatan minda juga perlu dalam melahirkan "Leader of Characters".

" Kami Bukan Sahaja Hebat Dimedan Peperangan..Kami Juga Hebat Di medan Pengucapan Awam"