Friday, October 23, 2009

Sekalung Tahniah Buat Anda: TOM dan RAJA.

segak bergaya dengan pakaian istiadat


Sekalung penghargaan dan tahniah buat Pegawai Kadet Wan Azizul Faiz bin Zulkifli atau lebih manja dengan panggilan TOM kerana berjaya mengharumkan nama universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa Peringkat kebangsaan baru-baru ini. Kejayaan ini sekaligus mengangkat nama universiti setara dengan universiti-universiti yang lain. Beliau berjaya merangkul tempat ke 3 dalam pertandingan itu selepas ditewaskan oleh saudara ikhwan dari USIM yang merangkul tempat ke 2 dan saudara Amiruddin dari UPM johan pertandinngan tersebut. Tahniah bUat anda!




segak dan tampan orangnya


Tidak dilupakan juga kepada Pegawai kadet Raja Mhammad Asyraf bin Raja Khalif kerana berjaya mewakili universiti ke pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa peringkat kebagsaan. Meskipun kalah di peringkat saringan namun beliau telah pun menunjukkan persembahan yang terbaik. Tahniah buat anda. Jangan risau Pentas ROYAL agenda utama kita!!=)

Tidak dilupakan juga kepada Pegawai Kadet Helman bin Hashim serta ahli jawatankuasa yang lain kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik ketika mengendalikan majlis di peringkat kebangsaan. Tahniah buat kita semua.



::DUTY::HONOUR::INTEGRITY::

No comments:

Post a Comment